I found these two articles in the "Mutakhir" section of BERITA HAIRAN.
First, this one
Kabinet lulus Matematik, Sains dalam Bahasa Melayu
PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.
Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.
Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi.
“Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012.
“Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini.
Bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Muhyiddin berkata, pengajaran dan peperiksaan kedua-dua mata pelajaran terbabit akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kumpulan terakhir PPSMI tamat pada 2014.
Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu selepas meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan berhubung PPSMI, sama ada yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran atau badan bebas sejak dasar terbabit mula diperkenalkan pada 2003.
Katanya, hasil kajian itu menunjukkan dasar itu tidak pernah dilaksanakan seperti yang dihasratkan.
“Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, di mana guru mengajar pelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu,” katanya.
Then comes another.
Pemansuhan PPSMI bukan pertimbangan politik: Muhyiddin
PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat berdasarkan pertimbangan objektif dan bukannya politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan membuat keputusan itu berdasarkan kepada kajian saintifik terhadap perkara itu.
"Ia dibuat bukan kerana faktor politik atau pilihan raya kecil Manik Urai. Ia dibuat kerana kepentingan negara," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan pemansuhan itu di Kementerian Pelajaran di sini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata keputusan kerajaan itu sejajar dengan kajian Unesco yang menunjukkan adalah lebih mudah pelajar menguasai ilmu di peringkat awal persekolahan dengan menggunakan bahasa ibunda.
Beliau berkata walaupun kerajaan sedar mengenai kelemahan pelajaran dalam menguasai bahasa Inggeris di peringkat awal PPSMI, dasar itu hanya ditukar sekarang selepas selesai pusingan enam tahun pelaksanaannya. - Bernama
I'm not going to elaborate more as the teachers are the closest being to the PPSMI. We are the ones who are running it.
If I'm not mistaken, the PPSMI was launched on 2003. So if you do your math, the PPSMI had been in our system for almost six years now.
I heard we need more than 5 years to 'test' something. We don't do this kind of thing with the education system, overnight. We need to plan, we need pioneers.
All I can say is the education system in our beloved country had been badly politicized.
At the end of the day, the victim is still us and our young generations. Just my 2 cents though.
« Newer Post
Older Post »
No response to “"PPSMI ends?"”
Post a Comment