Proses mengenal pasti potensi akademik dan potensi kerjaya setiap murid mulai Tahun 1 hingga Tahun 6 (UPSR)/ Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6
(Abas Awang 2002)
Proses mengenal pasti, merasionalkan, dan menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar supaya guru dapat menyenaraikan dan menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi pelajar tersebut di dalam kelas yang diajarnya.
(Hjh. Salmiah bt. Mohd Salleh- Guru Inovatif Negeri Kedah 2003)
RASIONAL
1. Pengunjuran kecemerlangan yang diamalkan kini berasaskan kenaikan peratus
setiap tahun, misalnya 5%, 8%, 10%, dan seterusnya.
2. Kenaikan peratusan itu tidak berdasarkan potensi individu murid.
3. Pengunjuran itu tidak dikaitkan dengan kecerdasan pelbagai (Multiple Inteligences) murid secara individu, cita-cita, dan peluang belajar di IPTA/IPTS dan pencapaian akademik seluruhnya
4. Kebanyakan murid tiada wawasan diri. Mereka belajar tanpa haluan dan fokus. Murid yang tiada matlamat diri tiada kesungguhan dalam pembelajaran.
5. Guru-guru tidak dapat membimbing dan memotivasikan pelajarnya kerana tidak menganalisis data yang mengakibatkan strategi pemulihan, pengukuhan, dan pengayaan tidak menepati sasaran
Mengapa Perlu Headcount?
1. Melihat keupayaan sedia ada setiap murid;
2. Menilai potensi setiap murid yang dapat digarap;
3. Merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan murid
berasaskan diagnosis yang tepat;
4. Untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang proaktif;
5. Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh Pengetua, Guru Besar, GPK, guru kelas, dan guru mata pelajaran secara sistematik;
6. Panitia dapat berfungsi dengan lebih berkesan.
ISTILAH-ISTILAH dalam HEAD COUNT
TOV
OTI 1
OTI 2
ETR
AR
Definisi TOV [take-off value]:
Nilai Letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian akademik merujuk kepada pencapaian dalam setiap mata pelajaran
Asas Headcount :
Mengenal pasti TOV [take-off value] (berasaskan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun , Ting.1/2 untuk calon PMR, Ting.4 untuk calon SPM)
Definisi ETR[expected targeted result] :
Sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk kepada penilaian /berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir/ peperiksaan awam
Asas Headcount :
Menentukan ETR [expected targeted result] (dengan merujuk kepada keputusan 3 tahun kebelakangan (2006-2008) peperiksaan awam sekolah PMR/SPM/STPM)
Definisi OTI[operational targeted increment] :
Peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.
Tingkatan 3 dan 5
OTI1 : Peperiksaan Pertengahan Tahun
OTI2 : Peperiksaan Percubaan
Tingkatan 1
TOV : Ujian Bulanan 1
OTI1 : Peperiksaan Pertengahan Tahun
OTI2 : Ujian Bulanan 2
Tingkatan 2 dan 4
OTI1 : Peperiksaan Pertengahan Tahun
OTI2 : Ujian Bulanan 2
Asas Headcount :
Menentukan OTI [operational targeted increment] - (dengan merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.
Definisi AR[actual result] :
Pencapaian penilaian pembelajaran yang sebenar pada peringkat terakhir seperti keputusan Peperiksaan Awam






